BAC: Aaron-Wooi Yik bawa perkhabaran gembira buat kem Malaysia
Ammar Hakim
April 27, 2023 19:18 MYT
April 27, 2023 19:18 MYT
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang berjaya melerai dendam ke atas pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin di saingan Seluruh England selepas merekodkan kemenangan dalam Kejohanan Badminton Asia, sebentar tadi.
Kemenangan itu bagaimanapun tidak hadir dengan mudah buat pasangan negara ini apabila dikerah untuk menjelmakan kebangkitan memberangsangkan selepas tewas di set pertama 19-21.
Masuk set kedua, Leo-Daniel mengekalkan memontum, namun Aaron-Wooi Yik bijak mengubah corak permainan untuk pastikan mereka meneraju aksi sekaligus memastikan aksi di heret ke set penentuan dengan kemenangan 21-19.
Aksi sengit dipamerkan dalam set penentuan, gandingan negara itu memastikan malang di Birmingham tidak berulang dengan tersingkirnya di pusingan pertama apabila menoktahkan kemenangan 22-20 dan bakal bertemu juara Sukan Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.
RESULTS: #BadmintonAsiaChampionships2023 R32#MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik(2) def. #INA?? Leo Carnando-Daniel Marthin 19-21 21-19 22-20 ? @badmintonphoto #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/q2s0iZrSn2
— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut memastikan kemenangan apabila wakil China, Cheng Xing-Chen Fang Hui 12-21, 22-20, 21-15.
RESULTS: #BadmintonAsiaChampionships2023 R16#MAS?? Goh Soon Huat-Shevon Lai(8) def. #CHN?? Cheng Xing-Chen Fang Hui 12-21 22-20 21-15 ? @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/SwmuleallP
— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.