Kemenangan itu bagaimanapun tidak hadir dengan mudah buat pasangan negara ini apabila dikerah untuk menjelmakan kebangkitan memberangsangkan selepas tewas di set pertama 19-21.
Masuk set kedua, Leo-Daniel mengekalkan memontum, namun Aaron-Wooi Yik bijak mengubah corak permainan untuk pastikan mereka meneraju aksi sekaligus memastikan aksi di heret ke set penentuan dengan kemenangan 21-19.
Aksi sengit dipamerkan dalam set penentuan, gandingan negara itu memastikan malang di Birmingham tidak berulang dengan tersingkirnya di pusingan pertama apabila menoktahkan kemenangan 22-20 dan bakal bertemu juara Sukan Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.
RESULTS: #BadmintonAsiaChampionships2023
— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2023
R32#MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik(2) def. #INA?? Leo Carnando-Daniel Marthin 19-21 21-19 22-20
? @badmintonphoto
#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/q2s0iZrSn2
Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut memastikan kemenangan apabila wakil China, Cheng Xing-Chen Fang Hui 12-21, 22-20, 21-15.
RESULTS: #BadmintonAsiaChampionships2023
— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2023
R16#MAS?? Goh Soon Huat-Shevon Lai(8) def. #CHN?? Cheng Xing-Chen Fang Hui 12-21 22-20 21-15
? @badmintonphoto
#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/SwmuleallP