Skip to main content

Badminton

Aya tidak mengandung! -- Ong Yew Sin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aya-not-pregnant.jpg
Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, tampil menjelaskan bahawa tunangnya, Aya Ohori, tidak mengandung seperti yang diduga beberapa pihak.

Seperti yang dapat dihidu peminat badminton tempatan sebelum ini, persoalan mengenai hubungan kedua-dua individu itu akhirnya terjawab apabila Yew Sin mengirimkan sekeping foto pertunangan mereka di laman sosialnya hari ini.

Bagaimanapun, gambar berkenaan mencetuskan persoalan beberapa pihak yang mendakwa bekas perseorangan Jepun, Ohori, kelihatan seperti sedang mengandung.

Yew Sin, dalam satu kiriman Instagram Story sebentar tadi, tampil menegaskan bahawa Ohori tidak mengandung seperti yang disangkakan.

"Aya tidak mengandung! Terima kasih," tulisnya ringkas.
 

Advertisement

Must Watch Video