Skip to main content

Badminton

Axiata Arena bocor: Proses penambahbaikkan telah dijalankan sejak April

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

illiyas.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, memberi reaksi berhubung isu bumbung Axiata Arena yang bocor petang tadi. 

Menurutnya, venue tersebut sudah wujud sejak 1998 dan baru kini mengalami masalah kebocoran.

Katanya, pada tahun 2024 proses penambahbaikkan telah dimulakan sejak bulan April lalu. 

Iliyas menambah, pihak PSM sedang berusaha untuk memastikan masalah ini tidak berulang, dan kerja-kerja baik pulih akan diteruskan dengan sebaik mungkin.

Iliyas juga memberikan jaminan bahawa keadaan gelanggang akan diperbaiki untuk memastikan baki hari kejohanan dapat berlangsung tanpa sebarang masalah. 
   

Advertisement

Must Watch Video