AUG: Badminton wanita terlepas pertahan kejuaraan, tewas kepada Thailand


Jun 29, 2024 08:33 MYT

Skuad badminton berpasukan wanita terlepas peluang untuk mempertahankan pingat emas Sukan Universiti ASEAN (AUG) apabila terkandas dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Rashid Sidek tunduk kepada Thailand, 3-0.

Badminton; Skuad badminton team event wanita gagal pertahan kejuaraan selepas tewas 0-3 ke atas Thailand dalam pertembungan final di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Malang, Indonesia pagi tadi.#AUG2024Surabaya@ASTROARENA pic.twitter.com/oMEDaZetYc

— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) June 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Beregu kita boleh mendapat mata sebelum ini tetapi hari ini, kita nampak Thailand menunjukkan permainan lebih mantap dan kurang melakukan kesilapan," kata legenda badminton negara itu.

Sebagai rekod, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Singapura 5-0 dalam aksi terakhir liga sepusingan dan sebagai rekod juga skuad negara tumbang 1-4 ketika berdepan angkatan Gajah Perang sebelum ini.

#badminton #AUG #Sukan Universiti ASEAN