BADMINTON
AUFT: Malaysia lunas misi benam Filipina
MALAYSIA 3 FILIPINA 1
Malaysia bangkit daripada kisah duka berdepan Oman semalam apabila mencetak kemenangan 3-1 ke atas Filipina dalam perlawanan kedua Kumpulan A, Kejohanan Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024.
Biarpun momentum awal pasukan negara dalam pertemuan di Arena Sukan Azman Hashim (ASAH) UKM, itu kurang meyakinkan, namun skrip tersebut berjaya diubah selepas Hausen Shwahiri melunaskan peluang daripada hantaran sepakan penjuru untuk Malaysia di depan 1-0.
Permainan bertambah rancak memasuki babak kedua, namun kesilapan skuad negara bijak dihukum lawan yang meraih jaringan penyamaan hasil ledakan Edgar Aban.
Enggan tewas lagi, skuad negara bingkas bangkit dan hasilnya mereka melakar dua jaringan, masing-masing disumbangkan Khairil Mohd Zain dan Darwisy Abdullah untuk kedudukan akhir memihak Malaysia 3-1.
"Kami gembira memandangkan matlamat kami tercapai.
"Kami lambat panas dan saya merehatkan pemain yang diturunkan menentang Oman semalam.
"Tapi esok kami akan kekalkan kesebelasan ketika bertemu Oman.
"Kami cuba bermain sehabis baik," kata ketua jurulatih negara, Ridzuan Abu Shah, di Nadi Arena.
Skuad negara akan menyambung perjuangan esok bertemu Korea Selatan yang membelasah Oman 5-3 petang tadi.