Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Sikap, disiplin lebih daripada segalanya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akb.jpg
Minggu pemilihan akhir Astro Kem Badminton (AKB) 2025 kini memasuki hari ketiga yang memfokuskan sesi latihan pecutan akhir sebelum ke semua 38 peserta memulakan pertandingan di gelanggang Forum PADU, Kuala Lumpur, esok.

Jelas bekas beregu lelaki negara, Chan Chong Ming, selaku ketua jurulatih AKB, sikap dan disiplin pemain menjadi kriteria utama yang dinilai sepanjang program berlangsung, bukan sekadar kemahiran bermain dalam gelanggang.

"Mereka agak bagus setakat ini.

"Kami akan membahagikan kumpulan dan bermain secara kalah mati.

 
"Prestasi daripada segi teknikal individu menjadi sasaran utama," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

Selain berasa kagum, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying, yang turut hadir dalam sesi latihan menyifatkan setiap peserta mahir menggunakan sepenuhnya peluang yang diberi untuk tampil lebih menyerlah.

Tambahnya, tekanan untuk meraih peluang emas berlatih di Thailand perlu diserap dan diterjemahkan kepada corak permainan yang sebenar.
Badminton

Raket Pilihan Ramai

Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.


Cuba Raket Ini

Advertisement

Must Watch Video