Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Mahu jadi seperti Pearly Tan, pemain cilik tanam impian wakili negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kem-badminton.jpg
Selain menjadi platform pembangunan badminton akar umbi, Astro Kem Badminton (AKB) 2025 di Selangor turut membuka peluang kepada 698 peserta berusia 10 hingga 12 tahun untuk mengasah bakat yang dimiliki.

Hari kedua AKB Selangor menyaksikan pemain cilik dari SJK (C) Tun Tan Cheng Lock, Queck Xing Fei, 11, mencuri tumpuan apabila menampilkan kemahiran pukulan drive serta smash yang padu.

Mengidolakan Pearly Tan, Xing Fei tampil tangkas dalam gelanggang ketika beraksi dan turut berazam mewakili negara satu hari nanti.

"Saya memang mahu bermain badminton. Saya melihat abang saya gembira bermain badminton jadi saya membuat keputusan untuk bermain juga," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Pearly Tan seorang yang amat cantik dan pemain yang bagus dalam pasukan kebangsaan.

"Saya mahu menyertai kem ini untuk lebih lama dan berharap dapat menyertainya di negeri lain untuk berlatih."
 

Advertisement

Must Watch Video