Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: 38 peserta cilik buru slot ke Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astro.jpg
Selepas tamat sesi pencarian bakat di empat lokasi termasuk Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Selangor, Astro Kem Badminton (AKB) 2025 kini tiba ke fasa pemilihan akhir di Kuala Lumpur.

Sebanyak 38 peserta cilik berusia antara 10 hingga 12 tahun yang terpilih menyertai kem selama lima hari daripada 22 hingga 26 September ini, berpeluang mendapat latihan intensif daripada jurulatih profesional selain diberikan platform menyerlahkan potensi sebenar.

Rata-rata peserta tampak bersemangat untuk bersaing merebut tempat dalam senarai lapan pemain terbaik yang bakal diterbangkan ke Thailand penghujung tahun ini bagi merasai pengalaman berlatih di Sekolah Badminton Banthongyord.

"Tahun lalu saya menyertai Kejohanan Tertutup Selangor pada usia 11 tahun, saya boleh lakukan yang terbaik untuk ke Thailand." kata peserta, Dheenadhayalan.

Sementara itu, antara yang mencuri tumpuan adalah ibu-bapa YANG turut hadir memberikan sokongan padu dalam merealisasikan perjalanan anak mereka menjadi seorang jaguh badminton yang mengharumkan nama negara.

"Tahun lalu dia ada menyertai juga tetapi tidak sampai kem di KL, saya nak dia masuk ABM untuk teruskan latihan dia." tambah ibu peserta, Thilagavathi.
Badminton

Badminton Untuk Semua Generasi

Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.


Pilih Raket Anda

Advertisement

Must Watch Video