BADMINTON

Antarabangsa Syed Modi: Justin Hoh hilang fokus dalam pusingan 16

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
28/11/2024
09:12 MYT
Sponsor Banner
Antarabangsa Syed Modi: Justin Hoh hilang fokus dalam pusingan 16
Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, ditunjukkan jalan keluar dalam pusingan 16 Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi di Lucknow, sebentar tadi.
Justin menjadi mangsa prestasi pilihan kelapan, Ayush Shetty, dalam kekalahan 12-21 19-21 dalam tempoh 42 minit.
Permulaan set pertama menyaksikan Justin merapatkan jurang mata kepada 8-9.
Namun, dia tampak tenggelam punca apabila menbenarkan pemain tempatan di ranking ke-47 dunia itu untuk mengutip tujuh mata berturut-turut bagi mendahului 16-8.
Justin cuba bangkit dengan merapatkan jurang mata kepada 12-17, sebelum lawannya itu mengutip empat mata berturut-turut untuk menang set pertama 21-12.
Justin tampil dengan aksi lebih baik dalam set kedua dan selepas ketinggalan 10-14, pemain 20 tahun itu mengikat kedudukan 14-14.
Malah, dia diambang kemenangan apabila mendahului 19-16 tetapi fokusnya hilang sebelum langkahnya terhenti apabila Shetty -- yang setahun lebih muda daripadanya -- memungut lima mata berturut-turut untuk kemenangan 21-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video