Skip to main content

Badminton

Antarabangsa Syed Modi: Gandingan kelayakan sekat hajat Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wong-tien-ci-lim-chiew-sien.jpg
Hasrat beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, untuk mara lebih jauh dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di India menyaksikan langkah mereka dinafikan gandingan China, Liao Pin Yi-Huang Ke Xin, sebentar tadi. 

Tien Ci-Chiew Sien yang juga pilihan ketiga kejohanan diasak bertali arus lawan dari pusingan kelayakan itu sebelum terpaksa akur tewas dalam aksi tiga set yang mendebarkan mendebarkan 14-21, 24-22, 16-21 dalam masa 1 jam 5 minit.

Sementara itu, nasib sama menimpa beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang bedepan pilihan kedua kejohanan, Treesa Jolly -Gayatri Pullela dalam aksi straight game.




Pei Kee-Mei Xing agak bergelut sejak mula dengan dikerah kudrat ke segenap penjuru gelanggang lawan yang beraksi di laman sendiri di tambah pula sorakan penyokong.

Selepas 36 minit, Jolly-Gayatri yang cukup dominan mengawal gelanggang tenang menoktahkan perjalanan Pei Kee-Mei Xing dengan keputusan 21-8, 21-15.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video