BADMINTON
Anna Cheong tekad bangkit selepas pulih daripada ACL
Pemain paling senior dalam skuad beregu wanita negara, Anna Cheong, bersedia meringankan beban pasangan nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, sebaik kepulangannya daripada kecederaan jangka panjang.
Selepas hampir setahun berehat gara-gara kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) di lutut kanannya, Anna akan kembali bergandingan dengan Teoh Mei Xing dalam saingan bertaraf Super 1000, Terbuka China, di Changzhou bulan depan.
Biarpun kesuntukan masa, pemain berusia 25 tahun itu kelihatan selesa berlatih di bawah program berkeamatan tinggi bersama Mei Xing.
Iklan
"Saya rasa lebih baik berbanding sebelum ini, perkembangan saya juga agak baik tetapi kami perlu mengekalkannya dengan lebih baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.
"Saya rasa amat rindu kerana sebelum ini saya hanya dapat melihat orang lain berlatih, tangan saya berasa gatal untuk kembali bermain.
"Saya agak teruja tetapi saya perlu memenangkan diri saya untuk meneruskan perkembangan saya sebagai persiapan sebelum menghadapi kejohanan. Saya tidak boleh terlalu teruja," katanya.
Mengenai tugas membantu Pearly dan Thinaah, Anna menambah: "Dalam fikiran saya sudah pasti ada tetapi ia bergantung kepada selama mana masa yang saya perlukan untuk kembali bermain di tahap tertinggi sebagai pemain senior."
Must-Watch Video