Skip to main content

Badminton

Allianz Junior Badminton Championships jadi medan Eric uji kemampuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eric-jr-badminton.jpg
Tumpuan pada peringkat suku akhir kelayakan pusingan keempat Allianz Junior Badminton Championships -- melibatkan 321 peserta -- terarah kepada kategori perseorangan lelaki B-15 dengan menyaksikan dominasi Eric Lau menundukkan cabaran Bryan Choo 30-24.

Kategori perseorangan perempuan B-15 pula memperlihatkan ketangkasan Chloe Liew mudah mengenepikan cabaran Auni Syazwani Halmi menerusi kemenangan 30-12.

Pencapaian tersebut juga menyaksikan Chloe berjaya memperbaiki prestasi mara ke peringkat suku akhir edisi lalu, manakala Eric pula mencipta sensasi mara ke separuh akhir dalam kemunculan pertamanya.

Aksi separuh akhir yang bertempat di Seven Stone Badminton Court Kuching esok itu menyaksikan Chloe akan membuat perhitungan dengan Brenda Jong dalam kategori perseorangan perempuan B-15, dan Eric bakal bertemu Darrick Ong.

"Saya meletakkan sasaran lebih tinggi. 

"Saya mahu uji kemampuan dalam pusingan grand prix. 

"Saya dapat mewakili Sarawak dan ia menjadi medan untuk saya pergi lebih jauh," kata Eric. 

Menurut Chloe pula: "Saya mahukan kejuaraan dan akan memberikan aksi terbaik dalam kategori perseorangan wanita dan beregu wanita."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video