Skip to main content

Badminton

All England Live: Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terlepas peluang ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yew-sin-ee-yi.jpg
Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, terpaksa akur dengan kekalahan di pusingan pertama Kejohanan Badminton All England apabila tewas 2-1 kepada kepada wakil China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi, di Birmingham sebentar tadi.

Bertemu pilihan kelapan kejohanan, Ee Yi-Yew Sin mempamerkan aksi bertenaga dalam set pertama dan berjaya mendahului saingan menerusi kemenangan 21-15.

Set kedua perlawanan makin seimbang namun kegagalan menoktahkan kemenangan dalam dua situasi menyaksikan Yuchen-Xuanyi merampas set kedua untuk mengheret perlawanan ke penentuan.

Seakan serba tidak berhasil, gandingan Malaysia itu gagal mengikut rentak permainan lawan sebelum ditunjuk jalan keluar dengan kekalahan 21-14.

Advertisement

Must Watch Video