Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi, menegaskan dia sedia untuk memimpin pertempuran sekiranya Ong Yew Sin masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England, bulan depan.
Pemain berusia 31 tahun itu menekankan bahawa erti sebenar rakan sepasukan adalah untuk sentiasa sedia membantu dan saling menutup kelemahan antara satu sama lain bagi memastikan saingan kompetitif dapat dijelmakan.
Meskipun tahap kecergasan Yew Sin masih dalam pemantauan, tetapi gandingan itu optimis dengan persiapan yang kian giat diperkemaskan dalam misi memburu kilauan pingat di Birmingham nanti.
Untuk rekod, kem negara hanya mampu meraih kejuaraan menerusi perseorangan lelaki di kejohanan itu dalam tempoh sedekad, dengan Lee Zii Jia muncul juara dalam edisi 2021 selepas Datuk lee chong Wei dinobatkan juara tiga kali.
"Semakin baik, kerana Yew Sin baru lepas hadapi kecederaan, jadi dengan kemunculan semula saya akan lakukan yang terbaik dan jika di kejohanan itu dia masih tidak selesa saya akan bantu.
"Mungkin dia akan semakin pulih sebelum kejohanan itu nanti. Sekarang kami sedang berusaha pertingkatkan (prestasi) dari segi fizikal dan teknikal semua." katanya.