BADMINTON
All England Live: Soon Huat-Shevon lai tewas kepada pilihan kelima kejohanan dari China



Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, terpaksa akur apabila cabaran mereka berakhir dalam pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2025 di Birmingham, sebentar tadi.
Wakil negara yang merupakan pilihan pertama kejohanan itu disingkirkan lawan dari China, Jiang Zhen Bang-Huang Dong Ping, menerusi aksi rubber set 21-18,8-8-21,10-21, dalam tempoh 45 minit.
Soon Huat-Shevon Lai bermula baik apabila mendahului 4-0 dalam awal set pertama sebelum kembali terikat 6-6, namun corak pertahanan dan serangan yang baik dipamerkan wakil negara itu memastikan mereka menang 20-18.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, lawan dari China yang merupakan pilihan kelima kejohanan itu kembali memperkemaskan corak perlawanan untuk mengasak Soon Huat-Shevon Lai sekali gus mengheret wakil negara ke set penentuan.
Set penentuan menyaksikan Soon Huat-Shevon Lai bergelut untuk manangkis serangan Zhen Bang-Dong Ping yang agresif mengasak wakil negara untuk tewas 10-21 dalam aksi yang berdurasi 16 minit itu.
Wakil China itu akan berdepan lawan dari Perancis,Thom Gicquel-Delphine Delrue, mahupun Guo Xin Wa-Chen Fang Hui dari China dalam pusingan separuh akhir esok.