BADMINTON
All England Live: Semangat Pearly-Thinaah jadi suntikan buat barisan pemain muda
Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, turut berbangga dengan usaha dan pencapaian Pearly Tan-M. Thinaah di Seluruh England kali ini.
Walaupun diberikan cabaran dengan masalah kecederaan yang dialami Pearly, mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Rosman berharap pasangan itu terus bangkit dan memberikan persaingan lebih hebat dalam kejohanan akan datang.
Iklan
"Perkara paling penting sekarang adalah proses pemulihan. Tiga minggu lagi ada BAC kemudian dua minggu berikutnya ada Piala Sudirman," kata Rosman menerusi Nadi Weekend.
"Kami akan membuat keputusan sama ada mereka akan bermain ataupun sebaliknya dan paling penting adalah proses pemulihan Pearly."
Tambahnya lagi, situasi yang dilalui Pearly-Thinaah boleh menjadi sumber inspirasi buat barisan pelapis negara.
Rosman menegaskan, pemain muda perlu belajar daripada pengalaman itu untuk meningkatkan daya tahan dan keazaman mereka.
Rosman yakin jika semangat itu diteruskan, Malaysia akan melahirkan lebih ramai pemain beregu wanita yang berkualiti pada masa akan datang.

Must-Watch Video