BADMINTON

All England Live: Selamat Hari Jadi Pearly Tan, semoga cepat sembuh

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
14/03/2025
02:13 MYT
Sponsor Banner
All England Live: Selamat Hari Jadi Pearly Tan, semoga cepat sembuh
M Thinaah mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat Pearly Tan yang digambarnya lebih daripada sekadar gandingan di atas gelanggang semata-mata.
Beregu wanita negara itu melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2024 selepas mengenepikan wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silvia Ramadhanti, 21-16, 21-14 di sebalik Pearly digugat kecederaan buku lali kiri ketika mendahului set kedua 14-8.
Kemenangan itu membawa mereka untuk mengadakan pertemuan separuh akhir pertandingan bertaraf super 1000 itu dengan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun.
"Selamat Hari Jadi buat gandingan saya.
"Ini bukan hadiah Hari Jadi terbaiknya untuknya.
"Terima kasih kerana berada di samping saya ketika naik dan turun. Dia sentiasa ada di sisi saya.
"Saya amat bersyukur atas persahabatan ini.
"Selamat Hari Jadi dan semoga segera sembuh esok (hari ini)," kata Thinaah selepas pertarungan di Birmingham awal pagi tadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video