Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, tidak menyembunyikan perasaan hibanya selepas 11 wakil negara tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England 2025.
Meskipun kecewa dengan keputusan itu, Adam Adli yang ditemui ketika pelancaran Program Rakan Muda Ramadan pada semalam, dia tetap menyeru peminat sukan tanah air agar terus memberikan sokongan kepada pemain negara yang masih berjuang.
Kini, hanya tiga wakil yang berjaya mara ke pusingan 16 iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai, Pearly Tan-M. Thinaah, dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
"Satu kejutan yang sudah tentu saya kurang senang mendengarnya.
"Namun, kita perlu terima dan fokus kepada wakil negara yang masih berjuang.
"Saya berharap kita semua dapat bersatu memberikan sokongan penuh kepada mereka," katanya kepada wartawan, Najmi Iman.
Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus memperhalusi konsep Rakan Muda dengan menawarkan pelbagai inisiatif baharu berbentuk aktiviti pembangunan insan dan kerohanian, selari dengan konsep Ihya’ Ramadan tahun ini.

Round of 16 | #AllEngland2025
— BAM (@BA_Malaysia) March 13, 2025
Every match counts—let’s rally behind them as they fight for a spot in the quarterfinals! ???
#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/sKi2ntbLUJ