BADMINTON
All England Live: Rexy akui pencapaian terburuk
Arena badminton dunia menyaksikan aksi penuh debaran, tetapi perjuangan malaysia di Utilita Arena Birmingham akhirnya terhenti.
Ini selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Pearly Tan-M. Thinaah, berjuang habis-habisan, namun nasib tidak berpihak kepada mereka di suku akhir.
Kini, tumpuan beralih kepada penambahbaikkan dan strategi baharu untuk memastikan Malaysia kembali lebih kuat di pentas antarabangsa selepas saingan Seluruh England edisi ini menyaksikan pencapaian paling buruk kem negara di Birmingham.
Iklan
Tamatlah sudah Kejohanan Seluruh England 2025 dan pastinya keseluruhan pencapaian kem negara mencatat sejarah paling suram buat skuad badminton negara terutamanya di kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pengarah kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky, mengakui ini adalah pencapaian paling buruk pemain negara, khususnya bagi pemain di bawah bimbingannya.
Tiada wakil Malaysia berjaya melepasi pusingan awal terutamanya bagi sektor beregu lelaki, mencetuskan kebimbangan terhadap prestasi semasa skuad kebangsaan untuk kejohanan akan datang.
Adakah transisi yang dilakukan oleh ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menjadi kesukaran buat pemain kali ini di bumi England?
"Skuad beregu lelaki melewati satu fasa baru, ini merupakan persembahan paling buruk bagi kategori beregu lelaki," kata Rexy menerusi Nadi Weekend.
"Cara permainan yang dipamerkan jauh beza berbanding pencapaian sebelum ini. Prestasi yang dipamerkan hanya 20-30 peratus daripada aksi sebenar."
Must-Watch Video