BADMINTON
All England Live: Pengalaman pertama faktor Jun Hao tersingkir awal -- Kenneth Jonassen
Satu-satunya wakil perseorangan lelaki di bawah panji Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Leong Jun Hao, terpaksa akur dengan kekalahan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England 2025 selepas tewas dalam aksi straight set kepada juara bertahan dari Indonesia, Jonatan Christie.
Dengan asbab itu, ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen, menjelaskan bahawa tekanan hebat daripada pihak lawan memaksa Jun Hao melakukan terlalu banyak kesilapan, sekali gus memberi mata mudah kepada lawan dan menyebabkannya tersingkir lebih awal di Utilita Arena Birmingham.
Jonassen juga berpendapat bahawa pengalaman pertama kali beraksi di Seluruh England itu membuatkan Jun Hao hadir dengan perasaan gemuruh di atas gelanggang.
Iklan
"Saya berasakan Jun Hao berdepan tekanan dan gemuruh beraksi dalam Seluruh England. Dia mempamerkan permulaan yang kurang baik dan terus ketinggalan dalam permainan. Kualiti permainan meningkat dalam set kedua namun tekanan dari lawan yang lebih berpengalaman menyaksikan dia berdepan kekalahan," katanya.
Must-Watch Video