BADMINTON
All England Live: Pencapaian skuad badminton menyedihkan - Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui sedih selepas tiada mana-mana pemain negara mampu meneruskan cabaran ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2025.
Apatah lagi ia adalah kali pertama rekod seburuk itu dijelmakan oleh skuad badminton pada kejohanan itu sejak 2019.
Bagaimanapun menurut Hannah, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor tertentu hingga menyebabkan skuad badminton negara kali ini gagal meneruskan kemaraan.
Iklan
RESULTS: #AllEngland2025WD | QF#JPN🇯🇵 Nami Matsuyama-Chiharu Shida 3️⃣ def. #MAS🇲🇾 Pearly Tan-M Thinaah 5️⃣ 21-17 21-19⏱️41m#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/IBMOaM5qet— BAM (@BA_Malaysia) March 14, 2025
"Iya memang sesuatu yang menyedihkan. Kalau kita lihat ada juga pemain hebat daripada negara lain seperti Viktor Axelsen yang terkeluar lebih awal. Saya tidak pasti, tapi saya telah pun melihat komen-komen daripada jurulatih dan sebagainya.
"Rashid Sidek juga telah memberikan komen dan saya kira kita akan mendapat laporan penuh mengenainya selepas ini." Katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Persatuan Boling Padang Atlet semperna pemilihan ke Kejohanan Asia di sini hari ini.
Pencapaian terbaik Malaysia kali ini hadir menerusi beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah, serta beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang berjaya mara ke suku akhir.
Must-Watch Video