Skip to main content

Badminton

All England Live: Pemain negara perlu semangat juang tinggi -- Kien Keat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kookienkeat.jpg
Bekas juara Seluruh England 2007 yang juga bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat, menegaskan setiap pemain yang berjuang untuk negara perlu memiliki semangat juang tinggi. 

Kien Keat mengingatkan agar semua atlet mengambil serius setiap kejohanan besar yang mereka menyertai demi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa kerana kejohanan seperti ini hampir setaraf setaraf dengan Kejohanan Dunia dan juga Sukan Olimpik.

"Saya cuma ingin beritahu semangat dalam Seluruh England agak kecewa. Bermain dalam Seluruh England seperti Sukan Olimpik," katanya menerusi Nadi Weekend.

"Kejohanan ini cukup berprestij, jadi tingkatkan semangat apabila beraksi."

Advertisement

Must Watch Video