Skip to main content

Badminton

All England Live: Pearly-Thinaah kandas dalam suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-tan-m-thinaah.jpg
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, terpaksa akur gagal ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England apabila tewas kepada gandingan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto, dalam aksi tiga set di Arena Utilita, Bermingham sebentar tadi.

Gandingan negara itu bermula baik dengan menguasai hampir keseluruhan set pertama sebelum mencatatkan kemenangan mudah 21-11.

Bagaimanapun, menuju ke pertengahan set kedua, seakan-akan ada sesuatu yang berbeza ditampilkan  Miyaura dan Sakuramoto, di mana mereka mula meraih mata demi mata untuk mengheret aksi ke set penentuan dengan kemenangan 21-18.

Kemenangan itu jelas meningkatkan semangat lawan dari Jepun berkenaan untuk jauh mendahului dalam set penentuan sebelum mencatatkan kemenangan 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 73 minit.



 

Advertisement

Must Watch Video