BADMINTON
All England Live: Nur Izzuddin-Sze Fei lepasi ujian pertama di Birmingham



Beregu lelaki negara, Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei, melepasi ujian pertama dalam Kejohanan Badminton Seluruh England 2025 di Kota Birmingham, sebentar tadi.
Wakil negara itu menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, menerusi aksi straight set, 21-17,21-14 dalam tempoh 33 minit.
Kedua-dua pasukan bermula sengit dalam set pertama dengan saling berkejaran mengutip mata, namun kesilapan mudah yang sering dilakukan beregu dari Korea Selatan itu memberikan kelebihan untuk Izzuddin-Sze Fei menang 21-17.
Momentum itu diteruskan wakil negara yang merupakan pilihan kedua kejohanan itu dalam set kedua apabila serangan bertali arus yang dilakukan Izzuddin-Sze Fei menyukarkan pihak lawan terus bergelut dan terpaksa akur tewas 14-21.
Sementara itu, satu lagi wakil beregu lelaki profesional negara, Nur Azriyn-Tan Wee Kiong, berdepan nasib berbeza selepas ditewaskan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju turut dari Korea Selatan dalam menerusi aksi straight set 14-21,12-21.