BADMINTON
All England Live: Ng Ka Long tutup awal perjalanan Zii Jia di Birmingham
Perjalanan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Seluruh England berakhir di pusingan pertama apabila tewas kepada lawan dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long sebentar tadi.
Selepas tewas dalam suku akhir dalam kejohanan Masters Orleans, Zii Jia melangkah ke Birmingham dalam usaha untuk memburu gelaran pertama musim 2025.
Mempamerkan permulaan cemerlang dalam set pertama, Zii Jia melengkapkan kemenangan set pertama 21-19.
Iklan
Ketika permainan seakan seimbang dalam set kedua, Ng Ka Long berjaya menemui jalan untuk mengutip mata demi mata sebelum mengheret permainan ke set penentuan menerusi kemenangan 21-16.
Dalam set penentuan, segalanya tidak memihak wakil negara apabila Ka Long melengkapkan kemenangan 21-12 untuk membawa cabaran ke peringkat seterusnya sementara perjalanan Zii Jia terhenti di pusingan awal.
Must-Watch Video