BADMINTON
All England Live: Lee Zii Jia tumbangkan Kodai Naraoka untuk ke pusingan kedua
Perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England dengan menundukkan seteru dari Jepun, Kodai Naraoka, secara set langsung di Utilita Arena, Birmingham sebentar tadi.
Berdasarkan empat perlawanan terdahulu, Zii Jia tewas tiga daripadanya dengan yang terbaru dalam suku akhir Terbuka India pada Januari lalu.
Bagaimanapun, dia mempamerkan aksi lebih meyakinkan dalam pertemuan kali ini dengan meraih kemenangan mudah 21-12 dalam set pertama.
Iklan
Aksi penuh yakin itu diteruskan dalam set kedua, di mana Zii Jia menguasai hampir keseluruhan permainan dan biarpun sedikit cemas melepaskan tujuh mata berturut-turut pada penghujung aksi, jaguh negara itu akhirnya menamatkan saingan dengan kemenangan 21-19 selepas secara keseluruhan beraksi selama 49 minit.
Zii Jia seterusnya akan bertemu bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, bagi penentuan ke suku akhir esok.
Must-Watch Video