Skip to main content

Badminton

All England Live: Lai Pei Jing bakal bergandingan dengan Tan Kian Meng buat kali terakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tan-kian-meng-lai-pei-jing.jpg
Pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, sukar menggambarkan perasaannya menjelang Kejohanan Seluruh England 2025, Selasa depan, yang menjadi penampilan terakhirnya bersama Tan Kian Meng. 

"Bergantung kepada persembahan kami. 

"Mutu persembahan kami masih OK tanpa mengira mana-mana lawan yang dihadapi sekalipun. 

"Kami tidak mahu tertekan, lagipun ini kejohanan terakhir kami sebagai gandingan. 





"Kami juga mahu menikmati permainan," katanya hari ini. 

Beberapa hari menuju kejohanan di Birmingham itu, Tan Kian Meng turut tampil menyatakan bahawa dia enggan berfikir terlalu banyak dan hanya mahu fokus menghabiskan sisa kerjayanya di pentas antarabangsa. 

Gandingan itu berazam memberikan persembahan terbaik dalam kejohanan berprestij itu sebelum mengakhiri kerjasama mereka selama sembilan tahun sambil berharap dapat mencipta kenangan manis dan meninggalkan impak positif dalam arena badminton negara.

"Saya menghampiri persaraan jadi saya mahu menikmati setiap baki kejohanan. 

"Walaupun nampak kami ada kelebihan, tetapi kami masih perlu berjuang dan bergantung kepada prestasi semasa. 

"Saya sedih tapi agak teruja untuk cuba benda yang baru. 

"Setiap atlet akan melaluinya dan saya perlu kekal positif," katanya pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video