Stadium Astro logo
BADMINTON

All England Live: Kok Siang puas hati prestasi beregu profesional negara di Birmingham

article-author-avatar
Saufi Tahir 16/03/2025 | 12:17 MYT
Article ribbon All England Live: Kok Siang puas hati prestasi beregu profesional negara di Birmingham
Jurulatih profesional negara, Teo Kok Siang, berpuas hati dengan pencapaian yang dijana oleh beregu campuran berpengalaman negara iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai yang kini menduduki ranking ketiga dunia.
Bagi kok siang, permainan yang ditampilkan oleh "our lovely birds" tahun demi tahun agak konsisten dan semakin meningkat, terutamanya buat Goh Soon Huat dalam mengawal corak permainan.
Dalam pada itu, Kok Siang juga mendedahkan faktor di sebalik kegagalan beregu lelaki nombor 31 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang terkandas seawal pusingan pertama di tangan lawan dari England.
Menurutnya, kekalahan itu berpunca daripada kekurangan keserasian di dalam gelanggang serta kegagalan mengekalkan rentak permainan menentang pasukan tuan rumah yang lebih bersedia dan pastinya kecederaan yang dialami oleh Tew Sin sebelum ke Birmingham menjadi salah satu faktor kekalahan itu.
Menurutnya, kejohanan kali ini memberikan pengajaran bermakna kepada pemain dengan tumpuan kini diberikan kepada penambahbaikan dan latihan intensif yang berterusan.
Sasaran utama adalah meningkatkan kepelbagaian pukulan dan strategi permainan bagi memastikan skuad negara tampil lebih bertenaga dan raih banyak kejayaan dalam kejohanan akan datang.
Untuk rekod anak buah bimbingannya dalam sektor beregu campuran iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya mara ke suku akhir, manakala beregu lelaki nombor dua dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sekadar menamatkanj perjuangan di pusingan kedua.
"Saya rasa secara keseluruhan mereka okay, mereka memberikan apa yang mereka miliki. Saya rasa kami perlu menambah baik lagi kualiti terutamanya dalam membuat 'pukulan stroke'," katanya.
"Saya juga percaya Sze Fei-Izzuddin telah lakukan apa yang mereka selalu lakukan. Bahagian serangan kami perlu tambah baik lagi." katanya.
#badminton #All England Live #Teo Kok Siang