Skip to main content

Badminton

All England Live: Goh Jin Wei tersingkir seawal pusingan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jin-wei.jpg
Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England apabila tewas kepada lawan dari China, He Bing Jiao, di Arena Utilita, Birmingham sebentar tadi.

Berdepan lawan pilihan keenam itu, tidak banyak dapat dilakukan wakil tunggal negara berkenaan dalam set pertama, di mana dia tidak pernah mendahului sebelum akur dengan kekalahan 15-21.

Sedikit kebangkitan dijelmakan Jin Wei dalam set berikutnya, di mana dia kerap mengekori rapat mata lawan pada awal permainan tetapi biarpun berhasil menyamakan kedudukan 20-20, dia membenarkan lawan memperoleh dua mata terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan badminton tertua dunia itu selepas secara keseluruhan bertarung selama 37 minit.

Advertisement

Must Watch Video