Stadium Astro logo
BADMINTON

All England Live: Demi Malaysia! Beregu wanita negara ke suku akhir walaupun Pearly Tan meraung kesakitan

article-author-avatar
Najmi Iman 13/03/2025 | 15:11 MYT
Article ribbon All England Live: Demi Malaysia! Beregu wanita negara ke suku akhir walaupun Pearly Tan meraung kesakitan
Pilihan kelima kejohanan, Pearly Tan-M. Thinaah, menunjukkan perkembangan positif walaupun berdepan kesukaran akibat kecederaan, namun tidak menghalang mereka untuk lolos ke peringkat seterusnya dengan kemenangan straight set 21-16, 21-14 dalam Kejohanan Badminton Seluruh England 2025, sebentar tadi.
Beregu wanita nombor satu negara itu terlebih dahulu menampilkan permainan berkualiti tatkala kurang melakukan kesilapan untuk menyekat asakan Siti Fadia Silva Ramadhanti dan Apriyani Rahayu dari Indonesia untuk kelebihan awal set pertama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan 21-16 sememang menjadi titik permulaan terbaik untuk meneruskan cabaran di set kedua dengan tidak mudah memberikan sebarang ruang terhidang buat pihak lawan melakar kebangkitan.
Memasuki set kedua, pukulan demi pukulan terus menghangatkan pertemuan kelapan di antara mereka dalam kejohanan bertaraf super 1000 itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun mendahului 15-8, permainan wakil Malaysia itu sedikit terencat ekoran kecederaan yang dialami Pearly Tan yang terjatuh selepas melakukan smash kencang.
Pearly sedikit bergelut menandakan dia sedang menahan kesakitan buku lali itu ketika perlawanan sedang berlangsung.
Api perjuangan Pearly Tan-M. Thinaah terus bersinar apabila mereka berjaya mematahkan semangat pasangan Indonesia untuk mengiringi Goh Soon Huat-Shevon Lai ke suku akhir di Birmingham esok.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #All England #Thinaah #Pearly #Tan-M.