BADMINTON

All England Live: Cheng Su Yin-Hoo Pang Ron tak tarik diri

Shaiful Shamsudin 11/03/2025 | 04:33 MYT
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, mengesahkan pemain beregu campuran, Cheng Su Yin, akan tetap meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan Badminton Seluruh England, malam ini.
Pemain berusia 21 tahun itu bergelut untuk pulih daripada kecederaan pergelangan kaki akibat terjatuh tangga hingga terpaksa melupakan babak suku akhir Masters Orleans, Jumaat lalu.
Su Yin sebaliknya menjelaskan sedia tampil dalam penampilan sulung di Birmingham.
“Dia tidak menarik diri (Seluruh England). Moga sempat pulih sebelum turun beraksi,” kata pengarah kejurulatihan itu.
Pang Ron-Su Yin dijadual bertemu Ki Dong-ju-Jeong Na-eun dari Korea Selatan dalam pusingan pertama.
#badminton #Seluruh England