Beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bersedia sepenuhnya menghadapi cabaran getir dalam menghadapi pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England 2025 menentang beregu berpengalaman Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, hari ini.
Fokus utama Feidin bukan sahaja kekuatan mental dalam gelanggang, tetapi juga strategi yang dirangka bersama barisan kejurulatihan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
"Fokus kepada mental, saya akan bincang dengan Izzudin serta jurulatih mengenai strategi yang akan kami terapkan nanti.
"Sasaran memang mahu beri terbaik tetapi paling penting ada persembahan dan persediaan," kata Sze Fei.
Kemarau 18 tahun tanpa kejuaraan dalam kategori beregu lelaki menjadi motivasi buat wakil negara itu, dengan kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2007.
Dalam pada itu, bulan Ramadan bukan halangan buat Nur Izzuddin yang sudah terbiasa dengan jadual perlawanan di Jelajah Eropah sebelum ini.
"Kami tidak pernah fikirkan apa-apa dan fokus sahaja. Setiap tahu juga sama tiada beza, saya cuba beri terbaik." tambah Izzudin.

Round of 32 | #AllEngland2025
— BAM (@BA_Malaysia) March 12, 2025
Let’s show our support as they fight for a place in the next round! ???
#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/NRsveH5xvN