BADMINTON

All England Live: Aaron-Wooi Yik lebih agresif -- Razif

Ammar Hakim 01/03/2025 | 11:48 MYT
Berbaki 10 hari sahaja lagi ke All England edisi ke-115, legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, mengakui gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, perlu tampil agresif bagi memastikan kejayaan di kejohanan berprestij Jelajah BWF itu.
Dalam perkongsiannya bersama wartawan, Faizal Bazari, Razif menegaskan Aaron dan Wooi Yik perlu mempamerkan variasi dalam pemilihan pukulan dan akui mekanisme 'no lifting' mampu meneruskan kempen kecemerlangan beregu lelaki negara.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Razif juga yakin beregu lelaki pilihan ketiga negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mampu mengisi kelompok 10 terbaik dunia dalam jangka masa terdekat serta terus mengejar Aaron-Wooi Yik yang kini berada pada kedudukan kelima dunia -- selepas berjaya membuktikan corak permainan konsisten di awal musim 2025 ini.
#badminton #Malaysia #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #All England