BADMINTON

All England Live: Aaron Chia kekal tenang walau cedera pergelangan tangan berulang

Muzaffar Musa 28/02/2025 | 10:52 MYT
Pemain beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia, kekal tenang biarpun mengalami kecederaan pergelangan tangan berulang menjelang dua Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham bermula 11 Mac depan.
Juara Dunia 2022 bersama Soh Wooi Yik itu dilihat menjalani latihan intensif di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pagi tadi sebelum berlepas ke Perancis bagi menghadapi Masters Orleans bermula 4 Mac ini.
Menepis segala kebimbangan, Aaron menegaskan kecederaan itu hanya lah kecederaan lama dan tidak menjejaskan prestasinya di atas gelanggang.
Bahkan, dia bersedia untuk mempamerkan corak permainan baru hasil bimbingan ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi
"Ini hanya kecederaan lama," katanya ringkas kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Sebenarnya corak permainan (baru) ini ada juga kami gunakan dalam perlawanan lalu cuma kami tidak konsisten menggunakannya.
"Harap-harap kami dapat lebih konsisten menggunakannya dalam Masters Orleans dan Seluruh England kerana ia adalah salah satu kekuatan kami," katanya lagi.
#badminton #Aaron Chia #All England Live #Masters Orleans