Chong Lee Qian dan See Jie Le menjadi tumpuan dalam aksi pusingan kelayakan 8 Allianz Junior Badminton Championship (AJBC) di Alor Setar, Kedah, hari ini.
Ia selepas kedua-dua mereka tampil cemerlang membolot gelaran juara acara perseorangan dan beregu kategori B-15 lelaki dan perempuan.
Duka Lee Qian yang tewas di peringkat suku akhir acara perseorangan tahun lalu diubati dalam edisi kali ini selepas menewaskan lawannya K. Joshua mewakili Kolej Sultan Abdul Hamid dengan kemenangan straight set 21-16, 21-16.
Acara beregu pula, gandingan serasi bersama N.R. Kieshen Sai Rao memastikan kemenangan berganda miliknya meskipun lawan mereka mengheret permainan hingga ke set ketiga, sekali gus kejuaraan tahun lalu berjaya dikekalkan.
"Permainan di jaring saya agak bagus pada hari ini.
"Permainan saya juga lebih stabil," kata Lee Qian.
Berbeza buat Jie Le yang berhadapan cabaran sengit dalam aksi perseorangan wanita menentang wakil Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 5, Teoh Min Yi.
Pelajar SMK Ayer Hitam itu tewas 16-21 dalam set pertama sebelum bangkit dengan kemenangan tipis 22-20, 24-22 dalam dua set berikutnya untuk diangkat sebagai juara.
Percubaan Jie Le pertama kali menyertai acara beregu pada tahun ini tidak disangka-sangka terus menghasilkan keputusan cemerlang, dia bersama Chor Yoon Qian mudah menumpaskan gandingan Hanis Zulaikha Najhan dan Ooi Hui Han 21-8, 21-12.
"Gandingan saya banyak membantu dan Yoon Qian banyak melakukan rejaman," katanya.
Grab Sekarang

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu
Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.
Grab Sekarang