Ade Yusof & Gerardo Rizqullah bantu BAM

Famizal Daud
Februari 6, 2024 15:57 MYT
Sentuhan kepakaran Indonesia terus ditagih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila membawa masuk dua bekas pemain kebangsaan Indonesia, Ade Yusof Santoso dan Gerardo Rizqullah Hafidz bagi dijadikan rakan sepelatih.
Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah akan bantu mempersiapkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
Mereka turut membantu mempersiapkan skuad negara menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) yang akan membuka tirainya 13 hingga 18 Februari ini.
Satu perlawanan simulasi secara tertutup antara pemain-pemain kebangsaan dan pemain yang beraksi di BATC akan dijalankan di Akademi Badminton Malaysia (BAM) pada Jumaat ini sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu.

Tiada rakan sepelatih WD yang “selevel” Pearly & Thinaah.. Pemain MD dari ??, Ade Yusuf Santoso & Gerardo Rizqullah Hafidz diterbangkan khas ke ?? untuk menjadi sparring partner selama 1 bulan. @ASTROARENA pic.twitter.com/XWjSJm7mJ6

— Syifa Nasir (@syfansr) February 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ikuti laporan penuh di Nadi Arena jam 7.30 malam nanti di Saluran 801.
#badminton #BAM #SELBATC
;