Adakah mereka benar-benar memahami kerja keras dan dedikasi seorang atlet? - Justin Hoh

Zaki Zainal
Julai 10, 2024 14:14 MYT
Bila menang dipuji, bila kalah pasti dikeji. Itulah situasi yang banyak dilalui oleh atlet negara apabila mereka berjuang untuk mewakili negara.
Situasi ini dapat dilihat apabila pemain perseorangan lelaki remaja negara, Justin Hoh ada memuat naik instagram story tentang salah seorang "badminton lover" yang memberi kritikan terhadap perlawanan yang ditampilkan olehnya di kejohanan yang baru selesai baru-baru ini.
"Saya benar-benar tidak faham mengapa orang pada masa kini mempunyai banyak pendapat.
"Adakah mereka benar-benar memahami kerja keras dan dedikasi yang dilakukan seorang atlet? luah Justin di instagram story miliknya.
Sebelum ini Justin Hoh berjaya melayakkan diri ke final Terbuka Northern Mariana 2024 selalu pilihan kelima kejohanan namun akur tewas kepada pesaingnya dari Chinese Taipei iaitu Cheng Kai dengan keputusan 12-21, 20-22.

RESULTS: #NorthernMarianasOpen2024 FINAL#TPE Cheng Kai def. #MAS?? Justin Hoh(5) 21-12 22-20 *Good effort, Justin! The fifth-seeded shuttler narrowly missed securing his second title of the year. Keep your head up and keep striving bro! ? @badmintonphoto#GemilangkanLagipic.twitter.com/vaU5hjDHQA

— BAM (@BA_Malaysia) July 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nasihat admin buat semua teruskanlah beri sokongan buat semua atlet kita kerana mereka telah usaha sedaya upaya bagi mengharumkan nama negara. Menang kalah adalah adat bertanding. Ada masa suram, ada masa cerah dengan kejayaan. Good luck Justin Hoh untuk kejohanan yang mendatang.
Kami di Astro Arena sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda.
#badminton #hoh #justin
;