BADMINTON
Ada masalah itu biasa -- Goh Liu Ying saran Tang Jie-Ee Wei rehat seketika
Selepas tersingkir seawal pusingan pertama di Kejohanan Masters Orleans dan Kejohanan Seluruh England 2025, pasangan nombor empat dunia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei diliat seperti bergelut dengan isu dalaman yang sukar diselesaikan.
Ini susulan situasi tegang yang menyaksikan kedua-duanya keluar gelanggang dalam pusingan pertama di Birmingham pada 12 Mac lalu selain beberapa siri kekalahan awal yang menimpa 'The Little Gangsters' serta menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Asia pada April ini.
Bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying, menyifatkan masalah komunikasi di antara gandingan beregu campuran negara itu selepas tersingkir awal dalam pusingan pertama sebelum ini sebagai perkara biasa dan bukan isu besar untuk mereka kembali ke prestasi sebenar semula.
Iklan
Menurutnya, cabaran komunikasi adalah lumrah bagi semua pasangan beregu dan memerlukan masa untuk diperbaiki daripada masa ke semasa.
#AllEngland2025: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ada masalah dalaman dan bakal beri kesan kepada gandingan ini dalam tempoh terdekat?Masih ada rasa? Masih akan bersama?Ini pandangan dari Goh Liu Ying, Pingat Perak Olimpik 2016…Lanjut di Nadi Weekend, 7.30 malam!@ASTROARENA pic.twitter.com/kxQCOvYQWE— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) March 23, 2025
Adakah Tang Jie-Ee Wei memerluan sedikit masa untuk berehat seketika daripada dunia badminton bagi mencari semula rentak baru sebelum tampil dengan lebih menyinar selepas ini?
Untuk rekod, gandingan yang sebelum ini diletakkan harapan tinggi kerana berada di ranking keempat dunia, namun terkandas untuk mara ke peringkat seterusnya di kejohanan berprestij itu usai tewas buat kali kedua berturut-turut di tangan pasangan dari Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja.
"Ini bukan masalah besar, lebih baik sekarang daripada nanti. Semua pasangan beregu jika terlibat pergaduhan mahupun ada masalah saya rasa ia sangat normal tetapi jika tiada masalah dan itu barulah saya rasa masalah.
"Jika mereka belum ada penyelesaian lagi, saya rasa mereka boleh rehat seketika. Yang paling penting adalah komunikasi mereka dengan jurulatih, ini yang perlu diselesaikan dahulu. Ini adalah sesuatu yang bagus.
"Persaingan ini baik untuk membantu mereka meningkatkan prestasi mereka, mereka boleh ambik ini sebagai motivasi mereka sebelum memasuki kejohanan seterusnya nanti." katanya.
Must-Watch Video