Skip to main content

Badminton

Ada dua kemungkinan Lee Zii Jia tolak Program RTG -- pemerhati sukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zii-jia.jpg
Ada dua kemungkinan yang membawa kepada keputusan perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, sekali lagi menolak lamaran Program Road to Gold (RTG) selepas melakukannya sebelum ini.

Pemain itu pernah membuktikan dia masih relevan untuk menembusi slot platform di pentas Sukan Olimpik sebaik membawa pulang pingat gangsa di Paris 2024 tanpa bantuan penuh daripada kerajaan.

Dengan situasi itu beban Zii Jia tidak begitu berat selain memudahkannya dalam merencanakan tanggungjawab selaku perseorangan utama negara.

"Mereka tetap akan diberikan bantuan walaupun bergerak sebagai atlet profesional," kata pemerhati sukan negara, Rizal Hashim.

Penolakan Zii Jia bagaimanapun dianggap cukup terhormat dan menggambarkan kematangan pemain dengan membuka peluang kepada pemain lain yang lebih memerlukan.

"Kenyataan yang dikeluarkan Team LZJ adalah satu kenyataan yang cukup matang, dengan memberikan ruang buat atlet lain yang memerlukan bantuan dalam Program RTG."

Advertisement

Must Watch Video