Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028

Saufi Tahir
Ogos 23, 2024 21:04 MYT
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Keputusan itu diumumkan oleh BAM sendiri dalam laman rasmi media sosialnya selepas menandatangani kontrak bersama Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, hari ini.
Aaron Chia(27 tahun) dan Wooi Yik(26 tahun) akan mengharungi kempen ketiga di Amerika Syarikat empat tahun lagi.
#badminton #BAM #Aaron Chia #Soh Wooi Yik