Aaron Chia-Soh Woi Yik yang turun untuk bertemu beregu sensasi Jepun Takuro Hoki-Yuko Kabayashi tampak hilang fokus dalam set pertama apabila tewas 16-21, di Hangzhou.
Ia menandakan permulaan sumbang mereka dalam saingan Kumpulan A, Final Jelajah Dunia BWF sebentar tadi.
Begitupun, sekembalinya dalam set kedua, beregu lelaki utama negara itu bangkit dengan gaya permainan yang lebih pantas dan berkualiti tinggi, hasilnya mereka mudah menawan set dengan keputusan 21-14.
Hoki-Kabayashi tampak garang dan belajar daripada kesilapan, bangkit semula untuk benam Aaron Chia-Woi Yik yang kerap dihukum atas kesilapan sendiri untuk tumbang 18-21.
Misi untuk layak ke separuh akhir masih terbuka buat wakil negara dengan syarat wajib menang ke atas kedua-dua beregu tuan rumah, China, iaitu Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dan juga Liang Weikeng-Wang Chang.
Zaki Zainal
Wed Dec 13 2023