Skip to main content

Badminton

100 Plus terus taruh kepercayaan terhadap Chong Wei

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-chong-wei-(1).jpg
Minuman isotonik 100 Plus terus menaruh kepercayaan untuk menjadikan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, sebagai duta jenama itu untuk tempoh dua tahun lagi.

Chong Wei sudah pun menjadi duta produk itu sejak tahun 2009. 

Selain menyuntik semangat kem badminton negara bagi menghadapi Piala Sudirman, 21 Mei ini, 100 Plus juga hadir sebagai penaja perak untuk temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.

"Hari ini saya menandatangani kontrak selama dua tahun bersama 100 Plus. Ini akan menjadi penyuntik semangat buat saya menjelang kejohanan akan datang.

"Seperti semua sedia maklum, kami akan berlepas ke Australia, Rabu ini, bagi menghadapi Piala Sudirman selain bakal bersaing dalam Kejohanan Dunia tahun ini," jelas Chong Wei.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video