Siapa sangka di sebalik komitmen sebagai atlet sepak takraw negara, individu Bernama Zuhri Muhammad Zain berjaya cipta sejarah peribadi dalam dunia akademik apabila berjaya menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA.
Graduan berusia 24 tahun itu yang juga tonggak pasukan Selangor Pistons sejak 2023 itu berhasil meraih pencapaian akademik cukup membanggakan hasil pengorbanan, disiplin dan semangat juang dalam membahagikan masa sebagai pelajar dan atlet.
Antara pencapaian indah diraih Zuhri sepanjang bergelar pelajar adalah ketika membantu kem negara raih pingat emas di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selain membantu Selangor Pistons kembali ke kancah saingan elit pada STL 2024 sekaligus raih kedudukan ketiga dalam saingan Champions Cup tahun yang sama.
Dedikasi yang ditampilkan Zuhri membuktikan atlet negara kita bukan sahaja miliki kredibiliti dan potensi luar biasa malah mempunyai wawasan dalam mencongak masa depan lebih indah.
Tahniah Zuhri.
Beli Sekarang

Tenaga Untuk Kekal Sihat
Bantu tingkatkan daya tahan & fokus supaya sentiasa berada di prestasi terbaik.
Beli Sekarang