Juara bertahan dua kali, CelcomDigi Champions Cup, Negeri Sembilan (NS) Antlers, mencipta sejarah apabila berjaya mara ke final buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan wakil Thailand, sebentar tadi.
Pemenang Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) Grand Prix (GP) Negeri Sembilan itu memerlukan rubber set untuk mengesahkan kemaraan dengan sokongan peminat tempatan di tempat sendiri, Karisma Arena, Seremban.
Pertaruhkan trio Haziq Nizam, Zulefendi Sumari dan Hafizul Hayazi, Antlers enggan mengaku kalah apabila tewas dalam set pertama 11-15.
Ratchaburi kemudiannya ingin meneruskan penguasaan, namun kebangkitan sensasi Antlers menyaksikan mereka menawan set kedua 15-10, sekali gus memiliki momentum besar seakan semangat kembali membara demi mempertahankan status unggul mereka.
Memasuki set terakhir, rejaman demi rejaman dan servis berbisa mematikan langkah Ratchaburi yang seperti kehabisan idea untuk mengekori rapat mata Antlers.
Dengan keazaman tinggi, tuan rumah akhirnya mara ke final dengan kemenangan set ketiga 15-6.
Lengkapkan Aksi Anda

Kasut Yang Gerak Seiring Aksi Anda
Direka untuk ketangkasan dan kawalan, kasut takraw ini sesuai untuk pemain yang mahu kekal pantas dan stabil di gelanggang.
Lengkapkan Aksi Anda