STL
TERKINI: Azlan Alias mohon maaf kepada PSM, janji perbaiki disiplin
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, mengakui kecewa dengan tindakan perejam berpengalaman kebangsaan, Azlan Alias, yang turun beraksi dalam saingan Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL).
Ia susulan pemain Melaka Titans itu tetap bermain meskipun telah dinasihatkan berehat selama empat hingga ke enam minggu selepas kecederaan tangan kiri yang dialaminya ketika Piala Asia ASTAF, Mei lalu.
Sumali mengesahkan, PSM telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Azlan dan memberikan tempoh selama tujuh hari untuk tonggak berusia 27 tahun itu memberikan jawapan.
Iklan
Lantas, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, berjaya mendapatkan maklum balas daripada bekas pemain Kuala Lumpur Thunder itu yang mengakui kesilapannya dan memberi jaminan perkara sedemikiam tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.
"Sebagai atlet saya patut jawab dan menghantar permohonan maaf.
"Saya mengaku salah.
"Saya berharap dapat menimbangkan kesalahan. Saya akan memperbetulkan disiplin saya selepas ini," katanya di Nadi Arena.
Must-Watch Video