Skip to main content

Sepak Takraw

Tangan Azlan Alias sah retak tulang, akan terlepas saingan STL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlanalias.jpg
Perejam skuad kebangsaan, Azlan Alias, sah mengalami kecederaan retak tulang di tangan kirinya selepas pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai perubatan. 

Bekas pemain Kuala Lumpur Thunder itu berdepan kesakitan selepas pendaratan ketika libasan bertemu Thailand dalam perlawanan akhir acara berkumpulan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa, minggu lalu. 

Walaupun tewas, bintang negara itu tetap memiliki satu kejuaraan regu dalam kempen berprestij itu.

Difahamkan, Azlan akan berehat selama dua bulan dan akan terlepas saingan Division 1 serta Grand Prix Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) yang akan bermula 28 Mei ini. 




Terdahulu, Azlan bersama tekong berpengalaman, Syahir Rosdi, menandatangani pasukan baru iaitu Melaka Titans untuk musim baru, namun dia harus diketepikan ekoran kecederaan tersebut. 
 

Advertisement

Must Watch Video