Skip to main content

Sepak Takraw

STL: Sokongan ahli gabungan mampu pacu Kelantan Warriors

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pengurus-kelantan-warriors,-mahizi-mahmud,.jpg
Pengurus Kelantan Warriors, Mahizi Mahmud, lega menepati hasrat pasukan selepas peluang mereka pada musim lalu dinafikan di pentas separuh akhir.

Malah, insentif RM5,000 buat setiap pemain telah disediakan.

Liku-liku kejayaan skuad Kelantan Warriors dalam memastikan kejuaraan Emas Anuar Divisyen 1 Sepaktakraw League (STL) ibarat cerita rakyat.

"Pemain tidak minta gaji besar tapi kami cuba berikan bonus lebih besar," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

10 hari sesi latihan sebelum bergelar juara, penarikan diri saat-saat akhir pemain import telah membuka ruang buat tekong import gantian, Purachet Yodsaen, untuk menyinar akhirnya.

Apit kiri terbaik Division 1, Adli Abu Bakar, mengakui banyak kelainan segera perlu dilakukan pihak pengurusan Kelantan Warriors memandangkan saingan di pentas Premier bukan mudah.

"Yang penting adalah sokongan daripada ahli gabungan sebab liga atasan ini melibatkan kewangan yang besar. 

"Komitmen selama tiga bulan saingan amat penting. Moral pemain juga akan naik. (Kancah) sepak takraw macam bola, pasukan yang mempunyai dana boleh mengambil pemain bertaraf tiga bintang ke atas," katanya pula. 

 

Advertisement

Must Watch Video