Skip to main content

Sepak Takraw

STL: Selangor Pistons ketepikan cabaran Labuan Drillers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pistons.jpg
Kehangatan Sepak Takraw League (STL 2024) kembali dengan Division satu terlebih dahulu memulakan aksi menyaksikan perlawanan pertama di antara Selangor Pistons menewaskan Labuan Drillers 2-0, sebentar tadi.

Bekas tekong kebangsaan, Aizat Azmi, serta feeder, Arif Badri, bersama Nonthanan Sombatlay sebagai killer memulakan permainan dengan jurang lapan mata ke atas Drillers untuk mendahului set pertama 11-3. 



Kecuaian tekong Drillers, Katawut Kongma, memastikan Selangor Pistons mengisi peluang terhidang bagi kemenangan 15-4 dalam masa 11 minit sahaja dalam set pertama.

Drillers seakan mendapat tonik semangat untuk melakar kebangkitan sehingga berjaya menguasai permainan namun, Selangor Pistons kembali menyamakan kedudukan 9-9 sebelum menoktahkan kemenangan 15-10.

Advertisement

Must Watch Video