Ivan Yuen dan Aifa Azman menepati ramalan untuk menjuarai kategori masing-masing Kejohanan Skuasy SRAM Kelima di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Ivan mengungguli kategori lelaki apabila cemerlang menundukkan Darren Rahul sementara Aifa merealisasikan misinya untuk menawan kategori wanita selepas mengalahkan Chan Yiwen.

"Ramai yang menjangkakan ia akan menjadi pertarungan yang menarik.

"Tapi Yiwen membuat kejutan dalam set kedua dan saya tumpang gembira dia memberikan cabaran.

"Namun, saya gembira dapat mengatasinya bagi baki dua set lagi.

"Saya harap dapat memenangi siri Kejohanan SRAM Keenam (bermula pertengahan minggu depan) dan Ketujuh sebelum menghadapi Terbuka Malaysia.

"Saya perlukan beberapa kejohanan sebab mahu mendaki semula ranking.

"Saya percaya semua pemain Malaysia akan berusaha keras untuk kejohanan seterusnya jadi ia pasti akan menjadi cabaran sukar buat saya," katanya.


Dalam perkembangan lain, pemain nombor satu wanita negara, Low Wee Wern, selamat menjalani pembedahan lutut kanan di London, kelmarin.